Sunday, August 14, 2011

fasa baru~

Bismillahirrahmanirrohim..

Alhamdulillah x3, panjatkan syukur padaNya.. Allah tak pernah leka walau sesaat pun dr mengurniakan rezeki pada hambaNya, cuma kadang kita je lupa mensyukuri nikmatNya~ Astaghfirullah.

Oh,atas kurniaNya juga, kini saya beralih ke satu fasa hidup yang baru; dari alam kolej persediaan ke alam universiti..tapi belum masuk universiti pun lagi. Hmm..boleh kata peralihan suasana hidup; dari suasana Malaysia ke suasana di negara asing, Indiana,US.

Pengalaman mengembara kali ini memang mematangkan diri, kerana pengembaraan kali ini dikelilingi manusia-manusia asing. Sebelum ini, kalau mengembara, ke Sarawak atau ke Indonesia dsb, sekurang-kurangnya mesti ada 2-3 kawan atau adik-beradik dan keluarga. Tapi kali ni kembara berseorangan, ada hikmahnya insyaAllah.. Ditambah perjalanannya paling panjang yg pernah dialami..Semuanya first hand experience~ Perjalanan kali ini menaiki flight Emirates yg pertama kali naik, A380-800 baru,, Maaf kalau ada kawan2 yg jeles tp macam sama je, sebab yg berbeza kalau naik 1st class atau business class, memang naik lah kan?

Perjalanan mengambil masa keseluruhan 38 jam, subhanallah kuasa Allah yg mengilhamkan manusia untuk mencambah idea dan mencipta perkara-perkara yg sebelum ini disangka mustahil.. 

Sebelum bertolak, umi tanya apa perasaan? adik-beradik dan kawan-kawan pun bertanya soalan sama.. Hm.. terfikir, dan hanya mampu balas, "tengah fikir nk rasa apa?". Sebab bercampur baur banyak perasaan, taktau mana satu perasaan nak pilih, Allahu akbar..

 Sebelum bertolak..

 check-in barang~

jazakumullah hadir~ menggenggam harapan.. [ikhwati fillah, seperjuangan] 

 betul2 sebelum berpisah.. usroti habibati.. thanks 4 being there all the way..

beratur utk check boarding pass, maaf ye memang sengaja amik gambar banyak, memerhatikan dan menikmati keadaan sekeliling~

ibarat jalan yang tiada penghujung, entah apa yg akan dihadapi..Allahul musta'an

 Alhamdulillah setelah 6 jam, slamat sampai ke Dubai untuk transit selama 4 jam.. smpat mu'ayasyah dgn sorang kwn dr chinese yg akan ke germany, dan beberapa foreigners yg lain. Menarik mengenali kepelbagaian masyarakat. Memang buat tak malu, tegur ke sesiapa yg rasa nak tegur. Maklumlah, jalan sorang-sorang..

 DuBai Airport~

 Prayer room di airport..

Al-Imaraat..(baca: Emirates) A380-800 . Perjalanan 18 jam, memang agak lenguh tp mengajar suaya tetap bersyukur.. Hm..tak banyak tidur dalam flight, sembang-sembang dengan sesiapa yg terdaya dan lain2..

Alhamdulillah, tiba di John F Kennedy Airport, New York~ Subhanallah! diversity of people from the whole world.. transit lagi selama 6 jam di NY.

menunggu giliran custom check.. 

 naik airtrain ke bangunan sebelah(still airport yg sama) untuk connecting flighy ke Indianapolis..

Kali ini naik delta airlines.

Tempat menunggu, ditemani iPad. perghh! kat airport dia sediakan iPad untuk public...best2! huh, tengah membayangkan bila tiba masanya kita mencapai Ustaziatul Alam, dalam iPad-iPad ni mesti ada iQur'an, pdf-pdf bahan-bahan fikrah dsb.. huhu..berangan~

 testing, baca news~

di sinilah experience menunaikan solat di depan orang ramai, memang first time, even mula-mula fikir2 ok ke tak dsb.maklumlah, kalau dua-tiga orang solat sekali, ok je.. apapn,alhmdulillah~ thumma subhanallah! inilah indahnya Islam, di mana-mana solat perlu dijaga bg memastikan kelangsungan hubungan dengan Allah..

Alhamdulillah.. setelah flight selama 2 jam, slamat smpai ke Indiana..

Disambut dua orang senior, abg Mokhtar n Jawad~ dibawa ke Bloomington

Alhamdulillah, 'ala kulli hal pengalaman yg menarik. Memang menguji juga sebab apa-apa kita buat, semuanya bergantung pada diri kita, tiada siapa yg akan hiraukan. Mungkin ini Allah sediakan sbg persiapan untuk mengharungi 4 tahun di bumi asing..

*hm..pelik skit, ramai org tanya tak jet lag ke? Ana pun balas, "ntahlah, blom lagi rasanya".. tapi alhamdulillah memang tak rasa jet lag.. sorang senior kata, kalau tak banyak tidur dlm flight, insyaAllah tak akan jet lag. Yeke? baru tau..mungkin tips baru bg yg akan ke fly jauh2.. (wallhua'lam, ke blom jet lag lagi tp dh 3 hari kat sini..)

Itu sahaja utk kali ini, selamat memecut dlm bulan ramadan ni~ jom3, trus beramal!

zubayr: cmon, trus hamasah!! kerja kita besar! A;-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih..

Rumah senior,
On-campus apartment IU, Bloomington,
9.00pagi (seniors semua tgh tidur, siapa yg jet lag ni? huu..)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails