Wednesday, August 10, 2011

Manis, masuk ke hati~

Bismillah.
Persaudaraan adalah mu'jizat, wadah yang saling berikatan,
dengannya Allah persatukan hati-hati berserakan,
saling bersaudara, saling merendah lagi memahami,
saling mencintai, dan saling berlembut hati..
[Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zhilaalil Qur'an]

Teringat sebuah kisah yang cukup indah untuk tatapan kita semua...

...............................................................................................................................................................
Dalam perjalanan, pemuda itu terbiasa menyapa dan mengajak bicara sesiapa sahaja yang berdiri berdekatan atau duduk bersebelahan dengannya. Perbicaraan mereka bergantung pada teman bicaranya; jika mereka rasa selesa, dia akan kerahkan kemampuannya untuk bermesra dan menjadi akrab. Dia akan hanyut dalam perbincangan yang mengasyikkan. Tapi jika yang disapa dilihat merasa terganggu, dia akan kembali membaca buku yang telah dia jadikan teman perjalanan. Sebelum melabuhkan dirinya di atas tempat duduk untuk menunggu kenderaan atau berdiri di dalam KTM menanti tiba di destinasi, dia tidak pernah lupa untuk mengeluarkan buku yang menjadi bekalnya; biasanya Al-Qur'an atau buku fikrah.

Hari itu, yang duduk di sampingnya dalam penerbangan ke Singapura kelihatan berbeza; seorang ibu yang sudah lanjut usianya. Jelas kelihatan kerut-kerut di dahinya tapi tudungnya kemas dipakai. Dari pandangannya, ibu itu nampak seperti berasal dari kampung.

Walaubagaimanapun, pemuda ini tetap menyapa makcik tersebut. Si makcik ini tersenyum padanya dan terpancar ketenangan dari raut mukanya, menutupi kerut-kerut yang tadi kelihatan. Si pemuda itu takjub.

"Makcik hendak ke mana?", tanyanya sambil tersenyum manis.
"Singapura nak," senyum makcik itu bersahaja.
"akan bekerja atau..?"
"Bukan, anak makcik yang nombor tiga yang kerja di sana. Ini datang nak ziarah cucu. Kebetulan menantu makcik baru melahirkan cahaya mata sulung mereka."

Sang pemuda itu mula merasa kurang selesa dengan pertanyaannya tadi. Kini dia cuba untuk lebih berhati-hati.
"Oh, dah lama ke kerja kat sana?"
"Alhamdulillah, sekarang dah jadi permanent resident kat sane. Kerjanya sebagai arkitek.
Si pemuda kagum. Arkitek? PR di Singapura? hebat.
"Oh ye, anak ibu ada berapa?"
"Alhamdulillah, ada empat. Yang di Singapura ni yang nombor tiga. Yang nombor tiga sekarang jadi engineer kat KL. Yang nombor empat sekarang masih belajar degree di US. Alhamdulillah, dengan biasiswa. 

"MasyaAllah, luar biasa. Alangkah bahagia menjadi ibu pada anak-anak yang sukses. Kagum saya pada ibu yang berjaya mendidik anak-anak," Si pemuda berbicara penuh keyakinan.

Si makcik tertunduk dan berulangkali mengucapkan "Alhamdulillah..". Matanya berkaca-kaca. Suasana menjadi sunyi seketika.

"Oh ya, maaf cik..Macamana dengan anak makcik yang sulung?, tanya si pemuda memecah kesunyian. 

Makcik itu diam dan memegang-megang tali pinggangnya, seolah hendak membetulkannya. "Dia kat kampung sekarang, tinggal dengan makcik. Dia niaga kecil-kecilan je", makcik itu menghela nafas panjang, menegakkan kepala. Kemudian menoleh ke tingkap sambil mengukir senyuman yang entah apa ertinya. Pemuda itu menyaksikan sahaja.

"Maaf makcik,kalau pertanyaan saya tadi menyinggung hati makcik. Makcik mungkin sedih dengan anak sulung makcik."

"Oh, tak2. Bukan macam tu. Malah makcik sangat-sangat-sangat bangga dengan anak pertama makcik. Paling bangga!" Makcik itu menepuk-nepuk bahu pemuda itu,seolah-olah dialah anak yang pertama tersebut.

"Ibu sangat bangga padanya, kerana dialah yang banyak menguruskan pembiayaan sekolah adik-adiknya. Bahkan dialah yang sentiasa mendorong, memberi nasihat dan mengikuti perkembangan adik-adiknya. Tatkala adik-adiknya merasa futur (lemah), dialah yang memberi inspirasi pada mereka. Tatkala adik-adiknya merasa kosong, dialah yang memberi taujihat dan taushiyyah yang mengisi dan membasahi jiwa mereka. Kalau bukan kerana dia, adik-adiknya boleh jadi tidak seperti sekarang," luah makcik itu. Air mata berlinangan.

Sunyi, speechless.

Hati pemuda itu basah, banjir, sehingga terlimpah melalui matanya..

[diubahsuai dari petikan dlm buku DDU,SAF]
.................................................................................................................................................................
Seperti kisah makcik tadi dan si pemuda. Rasa buah dari pohon iman kita seharusnya menjadi manfaat setinggi-tingginya bagi saudara-saudara kita. Ya, memang hebat menjadi arkitek, doktor, engineer dan belajar di luar negara. Tetapi semua kerjaya dan status itu dikalahkan nilainya oleh seorang peniaga kecil-kecilan yang tinggal di kampung sunyi.

Kerana berkatnya usaha seorang sang peniaga sederhana itulah segalanya dapat dikecapi. Atas segala dorongan dan bimbingannyalah segala keberhasilan diperoleh. Dia yang memerah rasa nikmat dari cinta tulus pada keluarga dan persembahkannya demi kejayaan hidup adik-adiknya. Cintanya berbuah. Rasanya manis dan baunya harum.

"Orang mukmin itu," kata Ibnu Kathir dalam Tafsiirul Qur'anil Azhim, "Bagaikan sebuah pohon yang berbuah setiap waktu. Pada musim panas maupun dingin, pada malam hari juga pada siangnya."

Begitulah seharusnya sikap seorang mukmin. Tadi kisah indah bagaiman kesan cinta insan yang terikat dengan hubungan kekeluargaan. Tapi kita yang mengakui bahawa ikatan ukhuwwah Islamiyyah ini ikatan yang paling tinggi, mengatasi ikatan nasab keturunan dan kekeluargaan, bagaimana? Sejauh mana kasih sayang telah kita limpahkan kepada saudara saudara kita dalam berukhuwwah? Allahuakbar~ seharusnya lebih hebat daripada ikatan kekeluargaan seperti dlm kisah ini..

Kata seorang sahabat, Saidina Ali Abi Talib:
"Bapaku adalah Islam, tidak ada bapa bagiku selain Islam, bila mereka dengan Qaiys atau Tamim bermegah-megah"

_________________________________________________________
*Malam ini bakal berangkat melangkah ke medan baru, Amerika Syarikat. Untuk apa? InsyaAllah, tumuhaat(baca: impian!) yang dikongsi bersama para ikhwah/mutarabbi yg bakal ke sana juga sentiasa tersemat di dada, terpahat kukuh di lubuk hati..,


Zubayr: Ya Allah, moga kau redha pemergianku~ kisah ni memang jadi muhasabah diri.. Berapa banyak manfaat yang telah aku berikan pada insan-insan sekelilingku? .......

Moga Allah bekali hati ini dengan kekuatan dan kekentalan yang secukupnya~




Moga kita semua terus tsabat!


Jom berpesta amal selagi peluang masih adadi bulan ramadan ni!


Salam ramadhan~ 
Wassalam,
1.25am,
dining room.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails