Ibaratnya ketika kita jatuh dan perlu huluran tangan insan sekeliling kita, mungkin mereka membaling tanah pada kita dan menyebabkan kita semakin terganggu. Tapi tak mustahil, dengan bersangka baiklah membolehkan kita merasai yang tanah itu benar-benar membantu dan memudahkan kita, bukan menyakiti. Semuanya kembali pada soal persepsi yang kita bina.
Seperti kisah seekor keldai tua yang hidup bersama petani tua a.k.a tuannya. Suatu hari keldai tersebut terperosok jatuh ke dalam sebuah gaung. Tuannya begitu menyayanginya kerana mereka telah bersama selama belasan tahun. Si keldai itulah yang telah banyak membantunya dalam mengusahakan pertaniannya; membajak ladang dan mengangkut barangan.
Dipendekkan kisah, petani tersebut berusahalah untuk mengeluarkan keldai tersebut daripada gaung tersebut sedaya upayanya. Maka dia cuba mencari ikhtiar segala cara yang dia boleh lakukan untuk mengeluarkan keldainya. Dia ada cuba membaling tali dan minta keldainya paut padanya tapi kemudian tali terputus. Kemudian dia cuba juga denga membaling tali lasso dan minta keldainya masukkan badan dalam tali itu tapi bila cuba ditarik ke atas, keldai tersebut serak-serak berbunyi. ternyata, lehernya yang dijerut maka tidak berjaya. Terus, dicuba lagi dengan menggunakan kayu buluh untuk menarik keldai tersebut. Dimintanya keldai itu paut kakinya tapi bila cuba ditarik gagal juga.
Dia mula buntu. Malah hari pada waktu itu semakin gelap dan matahari sudah semakin hampir terbenam. Maka petani itu dengan sedih dan sayunya mengambil keputusan untuk membiarkan keldainya berehat di situ. "Keldaiku sayang, terima kasih atas persahabatan kita dan segala-galanya. Sudah tiba masanya kau berehat. rehatlah dengan tenang."
Maka dia mengambil cangkul dan melemparkan tanah ke dalam gaung tersebut. Lemparan pertama membuatkan keldai tersebut marah dan bila lemparan kedua dibaling, keldai itu mula mengelak dan dia mula tahu apa yang harus dilakukan. Dia mengangkat kaki ke atasn timbunan tanah tersebut dan sedikit demi sedikit dia semakin naik ke atas. Ketika hari sudah gelap, petani itu usai menimbus tanah dan bersedih atas pemergian keldainya lalu berehat di tepi sumurnya. Sedang berehat, tetiba dia terkejut melihat keldainya berdiri tegak di hadapannya..
Subhanallah, itulah keajaiban bersangka baik! penting untuk kita mengembangkan variasi sudut pandangan kita..
Sebagaimana juga kisah seorang ulama' Talhah bin 'Abdillah dalam kitab Raudhatul 'Uqala (Ibn Hatim). Suatu hari isterinya Aisyah binti Abdillah mengajaknya bicara.
"Demi Allah hai suamiku," keluhnya. "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih buruk sifatnya dari sahabat-sahabatmu." Talhah agak ah terkejut mendengarkan kata-kata isterinya.
"Demi Allah jangan sampai mereka mendengar kata-kata ini. Sifat buruk apa yang kau maksudkan ini?".
Dibalas isterinya, "Demi Allah sifat buruk itu nampak sangat jelas," kata isterinya. "Di kala kau senang, mereka datang dan menemanimu. Namun jika kau susah,mereka menjauhimu."
"Sebenarnya tidak, isteriku bahkan aku melihat itu sebagai budi yang mulia." jawab Talhah tenang.
"Apa maksudmu?" kata sang isteri,
"Memang begitu. Mereka hanya menziarahi di kala kita sedang mampu menghidang dan menjamu mereka. Di kala kita tidak sanggup, mereka memahaminya lalu mereka tidak datang ke mari."
----------------
No comments:
Post a Comment