Saturday, September 24, 2011

suka prasangka??

Bismillah..
ternyata bukan semudah itu untuk menjaga prasangka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; 


Aktiviti dua minggu lepas kembali ke ingatan. Dalam borak-borak kami jumaat malam itu selepas tamat 'open house' dan semua tetamu pulang ke rumah, tiba-tiba salah seorang dari kami berenam menimbulkan yang akan ada acara lelong basikal keesokan paginya. Wah! kami pun mula memikirkan kebaikan bila adanya basikal dan sebagainya, malah katanya akan ada basikal sampai semurah 5dollar. Ada juga yang cadang kalau ada basikal, lebih mudah untuk ke masjid nanti kan? 

Hari sabtu pagi itu kami berenam (saya dan 5 orang senior) bersama ke kampus untuk ke acara lelong basikal tersebut di sebuah parking lot. Basikal-basikal yang dilelong semuanya adalah hasil pengutipan pihak parking kereta kampus kerana "impounded" dalam kampus dan konsep lelongannya seperti bidding di ebay. Tapi kalau di ebay bidding virtual, kira ini bidding secara live, pengalaman baru.. rupanya tak semudah itu nak bidding..

Selepas mendaftar nama, kami pun pergi ke tempat berkumpul utk lelongan. Satu-satu basikal dilelong daripada beratus-ratus yg ada. Basikal yang dijual pada mulanya semua mahal mencecah 300++ dollar. Kami pun menunggu seketika, meyakini akan adanya rezeki kami. Selepas separuh daripada basikal dilelong, harga bidding mula menurun tapi kami semua teragak-agak untuk membuat bidding kerna kami cuma menjagka harga murah untuk basikal. 

Jadi,saya mula memberanikan diri untuk mulakan. Alhamdulillah akhirnya selepas menanti sejam lebih, berjaya menang bid dgn harga basikal $25. Walaupun agak mahal tp selepas itu barulah seniors berani mem'bid' dan alhamdulillah semua kami berjaya mendapatkan basikal masing-masing dgn range harga $10-$25.. 

Sedang saya menguruskan basikal, tiba2 datang seorang pakcik american ni beritahu yg kalau nak baiki apa-apa pada basikal, blehlah letak pada truck dia dan "service for free, no charge".. Kami tanpa berfikir panjang mulalah berkata sesama kami yang pakcik ni kalau tak charge service mesti nanti charge pada accessories dan sebagainya. Tambahan, pakcik itu sahaja sudah berjaya membeli lebih dari 5 basikal membuatkan kami sangka itu pasti untuk bisnes. Selepas tamat acara lelongan, separuh dari kami menghantar basikal ke kedai pakcik tersebut dan sebahagian lagi enggan kerana kondisi basikal yg boleh kata memuaskan. 

Alhamdulillah, terasa ukhuwwah sesama kami terbina dengan beraktiviti bersama..

Sepulangnya kami ke rumah, kebetulan 'google' lah berkaitan dgn basikal dan tiba2 terjumpa satu blog "bloomington bike community project" dan bila diperiksa betul-betul, rupanya blog tersebut samalah dengan pakcik yang minta kami hantar basikal ke sana. Astaghfirullah, pakcik tersebut ternyata beli basikal banyak dan minta kami hantar basikal ke tempatnya bukan atas tujuan bisnes dan sebagainya tapi semata-mata kerana "community service". Sungguh, memang servis dan segala spare parts di sana free dan bebas untuk kami custom made sesuka hati. tersentak dan merenung diri. kehidupan adalah tarbiyyah..

Itulah prasangka, satu perkara yang sangat sukar dikawal. Dalam kisah tadi berkaitan prasangka dengan orang asing, tapi bagaimana pula kalau sesama kita umat Islam?? Kerana kekadang sesama kita umat Islam sendiri pun sering berprasangka yang tidak baik. Sangatlah bahaya kerana boleh jadi disebabkan sikap inilah menyebabkan ukhuwwah sesama kita jadi keruh. Kadang juga sekecil-kecil perkara pun sukar untuk kita bersangka baik.

"Serendah-rendah ukhuwwah ialah bersangka baik dan setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar"
di tempat servis basikal yg free, tp semuanya kena repair sendiri (dgn bantuan org kedai) dari tak arif pasal basikal, skrg dh mahir bab2 spareparts dsb..alhamdulillah, ilmu.
 

Sebagaimana kemampuan memimpin,
kekuatan untuk menjalin hubungan
adalah kecenderungan, sekaligus pembelajaran..
Maka, berbaik sangkalah dalam berukhuwwah..

"Ukhuwwah Teras Kegemilangan"

[moga Allah kuatkan keazaman dan kurniakan kekuatan supaya basikal-basikal tersebut benar-benar dimanfaatkan untuk tarbiyyah]

-wassalam-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails