Friday, October 21, 2011

Mereka hebat!

Bismillah..

Mencabar untuk berdisiplin dalam menulis ni. apapun, alhamdulillah seminggu yang hectic telah berlalu; quizzes, midterms dan satu subjek final exam. Bila dalam kesibukan begini, terkenang janji yg terpahat pada diri tentang keberadaan di US ni. Adakah untuk peroleh degree semata? Kalau begitu, kenapa tak di Malaysia atau negara lain? InsyaAllah akan dikongsi pada beberapa post akan datang, moga Allah permudahkan.

Saya sentiasa berusaha mengatur  hati ini supaya berada pada kondisi amal yg tinggi padaNya dan tidak tersasar dari matlamat besar saya kerana dalam kesibukan sebagai pelajar, ke hulu ke hilir utk kelas dan sebagainya, kadang mudah untuk hadaf kita tersimpang dari landasan.  Ya muqollibal quluub, tsabbit quluubana ‘ala diinik wa tho’atik.

Setengah semester dah berlalu. Hari jumaat untuk semester ni sedikit sibuk khususnya waktu solat jumaat kerana tak dapat tidak kelas bahasa arab ada satu slot je, terpaksa disusun selari dengan waktu solat jumaat.  Kiranya kalau tunggu kelas habis, memang tak sempat solat di Pusat Islam(baca: Islamic center aka masjid). Perkara ni dah saya bincang dengan pensyarah dan diizinkan untuk keluar awal 15 minit. Kiranya, setiap kali keluar kelas, tanpa berfikir panjang dan dengan kelam kabut teruslah berbasikal selaju mungkin dengan seorang  kawan yang kebetulan sekelas untuk ke pusat Islam. Alhamdulillah walaupun hamper setiap minggu tak dapat masuk dalam senarai malaikat utk org yg datang sebelum azan. T_T itu yg terbaik boleh diikhtiar.

Khutbah hari ini masyaAllah, basah! Berkisar tentang ukhuwwah. Beberapa kisah saya petik dan saya tambah:

Sungguh, sebuah kisah yang menyentuh hati antara dua orang sahabat di zaman Rasulullah dalam usia remaja mereka. Dua sahabat ini sangat terkenal sebagai pesaing sesama mereka. Pesaing kebaikan. Andai salah seorang menderma, yg seorang lagi akan menderma lebih daripada sahabatnya itu. Kalau seorang itu berjaga malam(qiamullail) lama maka sahabat seorang lagi itu akan berusaha untuk berjaga malam lebih lama daripada itu.

Satu hari, seorang dari mereka mendapat tahu yg sahabatnya itu ke satu kampong untuk menderma lalu dia juga bergegas ke sana juga. Setelah tiba dan sedang mereka beratur, mereka tetap bersaing dan bergaduh kerana ingin mendahului dalam kebaikan sampai tahap mereka tolak satu sama lain. Orang di sekeliling hairan melihat gelagat mereka berdua yang bergaduh.

Satu ketika, mereka berdua ditangkap oleh golongan kafiriin dan disiksa. Yang pelik, setiap kali disiksa, dua-dua mereka akan ketawa. Lagi teruk disiksa, lagi kuat ketawa mereka sehinggalah satu tahap tukang siksa itu hairan lalu bertanyakan sebab perilaku mereka.

Disebabkan mereka disiksa di bilik yang berlainan, jadi salah seorang itu berkata, “aku ketawa kerana seronok dapat mendahului sahabat aku untuk masuk syurga.” Tukang siksa itu terkejut, lalu berkata “sungguh tadi kawan kamu itu pun mengatakan sedemikian!”. Si sahabat itu pun menangis, “ternyata sahabat aku itu benar-benar telah mendahuluiku untuk ke syurga..”

…subhanallah..persahabatan agung ditonjolkan oleh dua orang kawan yg bersama demi mengejar redha Allah. Saat mendengar khatib lantang mengakhiri kisah ini, hati mula sebak memikirkan bagaimana diri ini dalam berukhuwah. Adakah kita ini sahabat sebegitu? Yang bila orang melihat wajah mereka, hati mereka menjadi tenang dan ingat Allah? Atau macamana? Mampukah diri ini menjadi sahabat yg mengisi kergersangan jiwa orang di sekeliling saya? Allahul musta’an..  Kerana bukanlah sahabat sebenar seseorang itu yg bila berkawan dengan kita, dia semakin jauh atau renggang hubungan dengan Allah.. tak mudah, tapi harus ada keazaman!

insyaAllah akan disambung dengan kisah seterusnya..

12.35am,
dalam kereta menuju ke Purdue.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails