Sejak mereka tinggal berdua dalam bilik rawatan, mereka menjadi kawan. Setiap hari, si A yang berada di tepi tingkap akan melihat keluar tingkap dan menceritakan pada si B apa yang dia lihat.
"B! bahagianya, aku nampak kat luar ni indahnya alam, langit membiru, burung-burung berkicauan dan awan putih. Tambahan, kanak-kanak di bawah tu seronok bermain setiap hari," ujar si A.
mungkinkah ini yang dilihatnya? |
Semakin hari, si B mula rasa cemburu dengan peluang yg si A dapat untuk melihat keindahan di luar tingkap tersebut sehinggalah terbit dalam dirinya rasa cemburu. Perasaan tersebut setiap hari semakin memuncak. "Ah, sayangnya..kalaulah aku yang dapat duduk tepi tingkap tu, pasti aku dapat lihat keindahan yang dia lihat," si B bermonolog.
Sehinggalah pada suatu hari, si A jatuh sakit yang sangat tenat sehinggakan untuk menggerakkan tangannya sahaja sudah sukar. Dia berusaha untuk menekan butang memanggil nurse tapi setiap kali dia mencuba, dia gagal untuk capai butang tersebut. Walaupun butang tersebut terletak berdekatan dengan si B, dek kerana cemburu yang semakin membuak dalam diri si B, maka dia yang melihat kejadian itu terus berpura-pura tidur dan buat-buat tidak tahu apa yang berlaku... Dia sempat menyenangkan hatinya dengan berkata sendirian, "kalau kawan aku sebelah ni sudah tidak ada, pastilah aku yang akan dapat melihat keindahan di luar tingkap itu kan? hm..best2.."
Tiba keesokan harinya, si B mendapat tahu yang si A sudah meninggal dunia kerana tiada nurse yang membantu dalam keadaan kritikalnya semalamnya. Si B tanpa memikir panjang terus berasa seronok kerana sekarang ini giliran dia untuk dipindahkan ke tepi tingkap. Tatkala nurse masuk ke biliknya itu, dia tanpa sempat berbuat apa, terus membuat permintaan untuk dipindahkan ke tepi tingkap. Maka dia pun dipindahkan.
Buat kali yang pertama, dengan penuh rasa bersemangat, dia pun melihat ke luar tingkap tersebut! Tapi... yang mengejutkannya sangat-sangat adalah apa yang mampu dilihatnya di luar tingkap tersebut hanyalah dinding besar bangunan sebelah! Dengan rasa tidak puas hati, dia cuba melihat berkali-kali tapi itu jugalah yang dia lihat. Dia berasa musykil lalu bertanya kepada nurse kenapalah dibina dinding di situ yang menghalang penglihatannya?
Si nurse berkata: "Awak tak tau ke? dinding tu dah bertahun-tahun ada di situ..sejak zaman saya kecik lagi.."
"Habis, kawan aku kata dia nampak keindahan alam setiap kali dia melihat keluar tingkap ini! burung-burung berkicauan, langit biru, pepohon hijau yang rendang dan lain-lain," kata si B.
Si nurse membalas, " Awak tau tak, sebenarnya apa yang kawan awak tu lihat memanglah hanya dinding yang berdepan dengan tingkap itu. Mana ada dia nampak burung-burung berkicauan, langit biru, kanak-kanak bermain dan sebagainya. Dia pernah bagitau saya, dia buat begitu hanyalah semata-mata kerana mahu menceriakan hari awak.."
erk, Si B terkejut! dia tertunduk, matanya berkaca lantas air mata menitis dari matanya.. Astahgfirullah..
______________________________________________
Ya Allah, murninya niat seorang kawan yang sentiasa memikirkan kebahagiaan orang di sekelilingnya. Cuba kita renungi, berapa banyak kali kita tidak bersangka baik dengan niat mulia insan di sekeliling kita yang bergelar "sahabat". Kadang apa yang dibuatnya kita anggap itu sebagai mahu menunjuk-nunjuk, atau mungkin juga kerana dia nak ambil kesempatan atau mungkin kerana sebab-sebab lain yang kita sendiri dapat fikirkan.
Sedangkan dalam muwassofat tabiyyah/10ciri peribadi muslim sendiri, disenaraikan salah satunya iaitu bermanfaat pada orang lain kerana Rasulullah s.a.w mengingatkan dalam sebuah hadith:
"sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada orang lain."
Benar, dalam mengharungi hidup masa kini, sangatlah berbahaya, penuh tribulasi dan mehnah ini, jarum-jarum duniawi mudah menusuk ke dalam hati kita dan sebagainya yang akan menyebabkan kita lemah sebagai hambaNya. Justeru, perlulah untuk kita yang paling penting banyakkan berdoa padaNya dan berusaha berada dalam kelompok-kelompok yang mengingatkan kita pada ilah kita, Allah.. Maka, kawan-kawan kita haruslah mereka yang baik kan? kalau tidak pun, kita ini haruslah menjadi kawan yang baik kan? indah perilaku, manis tutur bicara dan sentiasa memudahkan orang lain..
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment