Pernah tak kita merungut? Ternyata dalam hidup kita, merungut seringkali sukar untuk dipisahkan. Syaitan memang licik. kekadang bila kita menerima satu perkara, kita persoalkan kenapalah tak dapat yang ini dan ini dan sebagainya. Alhamdulillah, suasana di bumi wilayat muttahidah (read: America) ni sudah mula menampakkan tanda-tanda sejuk walaupun baru sahaja permulaan musim fall/autumn. Ketika mula-mula sampai di negara ini, cuacanya mirip sangat dengan malaysia, cuma mungkin anginnya sejuk sedikit.
Di situ, seringkali terdengar rungutan insan-insan di sekeliling, tidak terlepas diri saya yang sedang membiasakan diri di sini. Merungut tentang panasnya cuaca dan sebagainya. Namun, tatkala suhu mula hendak mencecah 32F atau 0Celcius, rungutan sejuknya pula bermain di gendang telinga. Di saat itu, bila cahaya panas matahari muncul, bagaikan dinanti-nanti. Memang tak dinafikan cuacanya memanglah sangat sejuk lagi-lagi saya yang receptor agak sensitif. Ini baru permulaan, belum lagi tiba musim winter,huu,. Di saat ini, barulah kita akan mula merindukan dan menghargai cuaca di Malaysia tapi saya pasti, apabila berada di Malaysia dan mengalami cuaca sana, rungutan panasnya pula akan kedengaran.
Begitulah manusia. Saya faham, memang normal mempunyai perasaan ini, tapi bukankah kita ini nak mengejar untuk menjadi manusia luar biasa? seperti para sahabat dan tabi'in kan? Kalau tak luar biasa, bagaimana mahu mendapat tempat yang khusus di sisiNya? Kalaulah menjaga perasaan ini sangatlah mudah, takkanlah banyak sangat kebejatan moral yang kita dapat lihat di sekeliling kita, sehingga ada yang sampaikan tidak sanggup lagi mengikuti perkembangan isu tersebut dek kerana kedahsyatan gejala-gejala yang terjadi. Astaghfirullah.
Sungguh, kalimah ringkas syukur atau alhamdulillah itu mudah dituturi tapi tidak mudah dituruti dan diimplementasi.
Teringat saya sebuah kisah seorang hamba Allah. Suatu hari, dia datang ke hadapan kaabah dan bermunajat dengan memohon,
"Allahummaj'alni minal qoleel.." [maksud: "Ya Allah..jadikanlah aku dari golongan yang sedikit."]
Kebetulan, doanya itu didengari oleh Saidina Umar Al Khattab lalu dipanggil hamba Allah itu setelah dia selesai.
Saidina Umar betanya,
"Kenapa engkau doakan sesuatu yang pelik dari orang lain? orang lain minta perkara yang banyak tapi engkau meminta yang sedikit?"
lalu hamba Allah tersebut berkata, "sungguh aku berdoa dengan apa yang ada dalam Al-Qur'an. Allah ada berfirman: "Dan sedikit sahaja dari Hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur." (34:13)
Ternyata, sedikit sahaja hambaNya yang bersyukur. jadi, implementasi dari syukur itu apa ye? Sangatlah banyak, tapi yang mudah marilah kita hargai segala yang Allah kurniakan untuk kita kerana nikmat-nikmatNya sangatlah banyak. Satu lagi cara yang mudah, marilah kita terus mendekati Al-Qur'an, banyakkan mentadabburnya dan dapatkanlah hikmah daripadanya. Memang best. Pasti kita akan teruja insyaAllah.
Di kala kita sedih, jadikanlah Al-Qur'an sebagai tempat meluahkan kesedihan, penyuntik inspirasi dan semangat. Di kala kita gembira, jadikanlah Al-Qur'an sebagai tempat kita meraikannya. Di kala kita tidak sedih dan tidak gembira? Di saat itu, biarlah juga Al-Quran yang menyelusup ke dalam urat-urat dan sendi kita sehingga mengisi hati dan hidup kita, insyaAllah tak lain kebahagiaan dan ketenangan yang kita akan rasai. Itulah yang berlaku kepada Rasulullah dan para sahabat radhiyallahu anhum. Subhanallah!
Moga Allah pelihara dan terus-terusan memberi petunjukNya pada kamu dan saya,ameen..
Firman Allah:
And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.' " |
p/s: satu perkara yang paling seronok musim sejuk di sini, manusia-manusia semua menutup habis badan mereka. kalau boleh, semua nak berselubung! Waah, bahagianya kalau di mana-mana pun begitu kan? Seronok nak berjalan-jalan di luar, huhu..
sekian.