Friday, January 6, 2012

Winter break '11


gmbr ni real, bukan cari di google sbb saya ada dlm gmbr ni..
Alhamdulillah Allah izinkan untuk kembali menjejakkan kaki ke rumah setelah 3 minggu meninggalkan rumah. Terngiang kata-kata seorang sahabat saya beberapa ketika sebelum berpisah dgn dia dlm perjumpaan (baca: liqo') terakhir kami,

"bersyukurlah kerana Allah sangat-sangat merahmati dan melindungi perjalanan kita kali ini..bayangkan sahaja dalam travel beribu-ribu batu ni, boleh sahaja dalam sedetik pengabaian Allah dan kehendakNya, boleh je kita ditimpa musibah-musibah yg kita tidak ingini malah akan menyusahkan kita; accidents dsb. Lihat betapa Allah benar2 lindungi kita .. Mg musafir kita ini berada dalam keredhaan Allah dan menjadikan kita hamba yg lebih bersyukur dan sepatutnya menjadikan kita lebih bersungguh-sungguh dlm kerja kita."

Subhanallah, betapa dalam hidup saya Allah atur segalanya dengan sangat terperinci menyebabkan dalam musafir baru-baru ini, bila memikirkan perkembangan perjalanan hidup saya selama ini, ianya sangat mendesak saya untuk terus bersyukur dan bersyukur padaNya. Betapa syukurnya Allah menghimpunkan saya dalam kalangan insan-insan yang pelbagai yang menjadi tarbiyyah buat saya dan perjalanan hidup yg saya kira manis pahitnya sangatlah bermakna dan terselit hikmah di sebalik semuanya. Tiadalah Allah akan kurniakan sesuatu yg akan memudaratkan kita, sekiranya kita menjadi hambaNya yang bersyukur.

14:7
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim : 7)
Musafir panjang saya baru-baru ini banyak mentarbiyyah saya secara tidak langsung, dari segenap arah saya kira, kerana tarbiyyah itu bukanlah tertumpu hanya dalam bulatan-bulatan atau dauroh-dauroh sahaja, malah memandu kereta, berukhuwwah, tadabbur alam, ziarah, berjalan-jalan, berjumpa manusia dan lain-lain perkara juga boleh menjadi tarbiyyah buat diri saya. Kebanyakannya masa musafir saya terisi samada di dalam kereta (mu'ayasyah) atau berada di lokasi-lokasi memerhatikan dan merenung keindahan alam ciptaan Allah s.w.t dan kehebatanNya, subhanallah!

*di bwh dan atas adalah sebahagian dari gmbr spnjg perjalanan, tak mampu nk letak banyak2..mgkin lain kali insyaAllah..

3:190
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

gmbr ni juga diambil secara live..subhanallah


Moga di tahun baru ni minda terus rancak merencana dan gerak langkah dapat terus diatur dengan lebih tersusun dan sistematik supaya masa yg ada dimanfaatkan sebaiknya, sebelum Allah mengambil semula nyawa yang dipinjamkan.

rapatkanlah kaki di jalan Illahi,
jangan ragu lagi kerna syurgaNya pasti..
insyaAllah! ^_^

ukhuwwah yang terjalin subhanallah! satu nikmat yg besar~
wassalam.. 

yang tak tahu bila Allah akan tarik nyawa,
rumahku..

Tuesday, December 6, 2011

realiti dunia.. oh Syria..

Bismillah..


Alhamdulillah, baru lepas melalui hari-hari yang sangat mengekang diri; menghantar research paper, interview dan mock career fair serta beberapa exam. huh. Walaubagaimanapun, final exam masih lagi menanti minggu depan. Sangat terasa berharga detik-detik yang berlalu dalam hidup ini, memang menjadi muhasabah dan tarbiyyah untuk diri. Kena terus menyibukkan diri supaya masa benar-benar dihargai.. Sungguh, orang yg paling tersusun dalam urusan dan menjaga masanya adalah orang yang sibuk. Sebab itu, kalau nak bagi kerja pada seseorang, bagilah pada mereka yang sibuk,huhu.

Baiklah, dalam kesibukan akhir sem ni, tergerak juga untuk berkongsi keadaan sebenar yang sedang berlaku di Syria. Alhamdulillah cerita ini telah tersebar luas di FB. Sebenarnya teringat dari awal semester hari tu sampailah kebelakangan ini, lecturer bahasa Arab selalu bila masuk kelas, dia akan tunjuk video dalam bahasa Arab untuk melatih kemahiran mendengar. Terperasan, kebanyakan video-video yang ditunjuk adalah isu semasa di Syria. Bila tengok, sebenarnya agak kabur dengan situasi yang berlaku di sana, dicampur dengan tak dpt tangkap sangat sebab dlm b.arab. Tapi, bila tersebar kisah sebenar ni, barulah saya mula faham keadaan sebenar. Astaghfirullah, memang kejam! 

As-Syahid Hassan Al-Banna bilamana membicarakan tentang wathoniyah (baca: dasar kebangsaan/ patriotisme) kita, beliau mengatakan wathoniah kita adalah mana-mana tanah yg ada individu mengucapkan kalimah laa ilaaha illallah muhammad rasulullah! Bermakna kalau di antartika atau kawasan-kawasan terpencil lain ada orang Islam, maka itulah kebangsaan kita dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Maka, begitulah juga dengan konflik-konflik dan isu-isu yang berlaku di negara-negara yg kita definisikan wathoniyah kita, termasuklah yang kita bicarakan sekarang ini, Syria.. kita perlu ambil tahu dan peka terhadap mereka.

Ayuh! kita telusuri asal usul kebangkitan rakyat Syria dan kekejaman-kekejaman yang telah berlaku.



Maka apa tindakan kita? sama-sama kita sebarkan insyaAllah.. dan kembalilah membina keperibadian diri supaya tangguh dan tegar dalam mengharungi ujian-ujian dalam hidup.

wassalam.

Friday, November 11, 2011

Sayang sangat kan?

Teringat perbualan dengan umi 2 minggu lepas. Jumaat malam tu call umi memandangkan hujung minggu lapang sikit untuk berborak panjang. Tambahan sebab sabtu tu ada exam, jadi nak mintaklah umi doakan sekali. Sewaktu berborak tu, umi tengah memandu dari sekolah dalam perjalanan pulang ke rumah sebab ada hari ambil report card untuk sekolah rendah. Rancak jugak berborak, semangat umi bercerita tentang adik perempuan saya yang paling kecil, darjah satu. Adik yang ni memang terkenal dengan mulut tak pernah berhenti bercakap, walau di mana jua. Selalu kena marah dengan cikgu sebab bercakap dalam kelas tapi satu perkara yang mantap ialah dia sangat berani bertanya dalam kelas, tak seperti pelajar lain. Saya pun tak macam tu masa kecil, darjah satu tu.. pernah juga suatu ketika dalam satu program sekolah, semua murid-murid yang bising diambil nama oleh pengawas. Bila dilihat senarai nama itu, semuanya murid aulad (lelaki) dan ada satu sahaja nama murid banat(perempuan) dan disitulah letaknya nama adik saya. herm.. 

Itulah hasil report card yang umi peroleh dari cikgu pada hari tu disamping akademik adik saya yang alhamdulillah cemerlang. Bagi saya, laporan begitu sangatlah menarik! siapa sangka kanak-kanak kecil punyai semangat seperti itu. InsyaAllah mudah-mudahan dia akan membesar menjadi individu seteguh Saidatina Khadijah dan Aisyah dalam perjuangan dan selantang mereka dalam bersuara menyebarkan risalahNya. Ameen!

Dalam kerancakan borak-borak tu, tanpa diduga talian terputus! Tanpa sempat mengelipkan mata, seribu satu persoalan menyerbu kotak pemikiran saya. Kenapa tiba2 terputus? Eh, bukan umi tengah memandu ke? Ya Allah! janganlah berlaku seperti apa yang dibayangkan. Na'uzubillah! Saya sedikit resah tapi cuba mengawal perasaan. Yang menambahkan resah ialah bila saya cuba hubungi umi sekali lagi, tiada jawapan. Cuba sekali lagi, tiada jawapan juga..

Apa agak-agaknya perasaan kita bila perkara sebegini berlaku pada diri kita? 

Saya cuba lagi. kali ketiga tu Alhamdulillah, telefon dijawab dan terdengar suara umi. Umi pun bertanya dan berasa pelik kenapa tiba-tiba terputus. Saya sah-sah tak fikir pasal tu, yang paling penting ialah rasa lega tiada apa-apa berlaku. huhh. Saya pun terus cakap pada umi, takpelah.. nanti dah sampai rumah call semula. huu.

Begitulah ikatan perasaan kuat yang wujud dalam hubungan seorang anak dengan ibu atau bapanya. Perasaan sayang tu, taktau nak cakap macamana, sampaikan nak luah pada ibu atau bapa kita tu pun kadang tak terungkap kan?

Walaupun dah lebih kurang seminggu selepas eid adha, tak salah kalau kita renungi besarnya pengorbanan nabi Ibrahim, semata-mata kerana mematuhi perintah Allah walaupun itu anaknya sendiri sebagaimana kita pun dapat bayangkan bagaimana perasaan sayang kita terhadap ibu bapa kita. Subhanallah, saya benar-benar merasai bila baru terputus call sebentar dengan umi. T_T . Tadi baru pulang dari majlis makan malam sempena eid adha dan ada satu sesi sharing "what does eid adha means to you?". jadi, ditanyalah beberapa hadirin yang ada di situ. Antara jawapan-jawapan yang keluar : (pastinya dalam english tapi saya terjemah)

- eid bagi saya ialah hari perut penuh, bergembira dan santai2 bersama keluarga.
- eid bagi saya bermaksud dapat jumpa kawan-kawan lama dan borak-borak
- eid bagi saya ialah hari banyak makanan
- eid bagi saya ketenangan dan kegembiraan..
dan lain-lain lagi..

satu je jawapan yang saya dengar, "eid bagi saya, Alhamdulillah..Allah masih beri saya peluang utk berjumpa dgn eid lagi dan beramal.."

Bayangkan, sudahlah dalam kisah nabi Ibrahim (37:100-110), Nabi Ibrahim doa supaya dikurnia anak tapi bila dikurnia anak, diminta mengorbankannya. Begitulah Eid adha sepatutnya membawa kita merenung dan memuhasabah sejauh mana pengorbanan yang kita dah lakukan dalam usaha meraih redha Allah. Bagi saya, yang paling ialah sejauh mana kita dah korbankan nafsu kita dalam usaha mematuhi perintahNya? Bukankah menyayangi seorang anak juga adalah nafsu? Tapi Nabi Ibrahim korbankan nafsunya itu. Astaghfirullah.. moga Allah terus memberi kekuatan pada kita untuk terus berkorban dan berkorban.

saya suka pada satu baris lagu dari kumpulan tazakka yang bawa makna mendalam, " berkorban ertinya terkorban". Benar kerana berkorban itu ertinya kita menyebabkan nafsu kita terkorban. Contoh kalau kita berkorban untuk berjaya dalam exam, bermakna kita menyebabkan masa main atau masa rehat kita terkorban kan? Jadi, kalau berkorban demi menjadi hamba yang Allah redha, bermakna kita kena biar nafsu kita terkorban dari peroleh perkara-perkara duniawi yang melalaikan dan melemahkan.

Pernah seorang kawan mengadu pada saya, Ya Allah susahnya.. kadang satu ketika, kita rasa takut dengan Allah untuk berbuat dosa dan maksiat tapi beberapa ketika selepas itu, kita kembali seperti biasa, berbuat dosa-dosa dan sebagainya.

Sungguh benar, berkorban untuk berubah bukanlah mudah kerana kalau ianya mudah, pastilah ramai yang akan melakukannya dan mudah berjaya dalam perkara yang dikejar. Lagi-lagi demi meraih ganjaran besar syurga yang penuh nikmat, tak terkata.

percayalah, kalau kerana Allah lah kita melakukan sesuatu perkara, insyaAllah Dia akan membimbing kita ke arah itu. Cuma kita kena meneguhkan keyakinan kita itu dan hiduplah dalam lingkungan orang-orang yang selalu mengingatkan kita kembali padaNya.

47:7
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
lihat, Allah dah tunjukkan formulanya..

p/s: Ini belum bicara lagi tentang pengorbanan dalam nak menyebarkan kebenaran dan membimbing masyarakat sekeliling kita.

peringatan buat diri saya juga.
wassalam..

Sunday, October 30, 2011

laa.. sejuk ke?

Pernah tak kita merungut? Ternyata dalam hidup kita, merungut seringkali sukar untuk dipisahkan. Syaitan memang licik. kekadang bila kita menerima satu perkara, kita persoalkan kenapalah tak dapat yang ini dan ini dan sebagainya. Alhamdulillah, suasana di bumi wilayat muttahidah (read: America) ni sudah mula menampakkan tanda-tanda sejuk walaupun baru sahaja permulaan musim fall/autumn. Ketika mula-mula sampai di negara ini, cuacanya mirip sangat dengan malaysia, cuma mungkin anginnya sejuk sedikit. 

Di situ, seringkali terdengar rungutan insan-insan di sekeliling, tidak terlepas diri saya yang sedang membiasakan diri di sini. Merungut tentang panasnya cuaca dan sebagainya. Namun, tatkala suhu mula hendak mencecah 32F atau 0Celcius, rungutan sejuknya pula bermain di gendang telinga. Di saat itu, bila cahaya panas matahari muncul, bagaikan dinanti-nanti. Memang tak dinafikan cuacanya memanglah sangat sejuk lagi-lagi saya yang receptor agak sensitif. Ini baru permulaan, belum lagi tiba musim winter,huu,. Di saat ini, barulah kita akan mula merindukan dan menghargai cuaca di Malaysia tapi saya pasti, apabila berada di Malaysia dan mengalami cuaca sana, rungutan panasnya pula akan kedengaran. 

Begitulah manusia. Saya faham, memang normal mempunyai perasaan ini, tapi bukankah kita ini nak mengejar untuk menjadi manusia luar biasa? seperti para sahabat dan tabi'in kan? Kalau tak luar biasa, bagaimana mahu mendapat tempat yang khusus di sisiNya? Kalaulah menjaga perasaan ini sangatlah mudah, takkanlah banyak sangat kebejatan moral yang kita dapat lihat di sekeliling kita, sehingga ada yang sampaikan tidak sanggup lagi mengikuti perkembangan isu tersebut dek kerana kedahsyatan gejala-gejala yang terjadi. Astaghfirullah.


Sungguh, kalimah ringkas syukur atau alhamdulillah itu mudah dituturi tapi tidak mudah dituruti dan diimplementasi. 

Teringat saya sebuah kisah seorang hamba Allah. Suatu hari, dia datang ke hadapan kaabah dan bermunajat dengan memohon, 
"Allahummaj'alni minal qoleel.." [maksud: "Ya Allah..jadikanlah aku dari golongan yang sedikit."]

Kebetulan, doanya itu didengari oleh Saidina Umar Al Khattab lalu dipanggil hamba Allah itu setelah dia selesai. 

Saidina Umar betanya,
"Kenapa engkau doakan sesuatu yang pelik dari orang lain? orang lain minta perkara yang banyak tapi engkau meminta yang sedikit?"

lalu hamba Allah tersebut berkata, "sungguh aku berdoa dengan apa yang ada dalam Al-Qur'an. Allah ada berfirman: "Dan sedikit sahaja dari Hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur." (34:13)

Ternyata, sedikit sahaja hambaNya yang bersyukur. jadi, implementasi dari syukur itu apa ye? Sangatlah banyak, tapi yang mudah marilah kita hargai segala yang Allah kurniakan untuk kita kerana nikmat-nikmatNya sangatlah banyak. Satu lagi cara yang mudah, marilah kita terus mendekati Al-Qur'an, banyakkan mentadabburnya dan dapatkanlah hikmah daripadanya. Memang best. Pasti kita akan teruja insyaAllah. 

Di kala kita sedih, jadikanlah Al-Qur'an sebagai tempat meluahkan kesedihan, penyuntik inspirasi dan semangat. Di kala kita gembira, jadikanlah Al-Qur'an sebagai tempat kita meraikannya. Di kala kita tidak sedih dan tidak gembira? Di saat itu, biarlah juga Al-Quran yang menyelusup ke dalam urat-urat dan sendi kita sehingga mengisi hati dan hidup kita, insyaAllah tak lain kebahagiaan dan ketenangan yang kita akan rasai. Itulah yang berlaku kepada Rasulullah dan para sahabat radhiyallahu anhum. Subhanallah!

Moga Allah pelihara dan terus-terusan memberi petunjukNya pada kamu dan saya,ameen..

Firman Allah: 
And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.' "
*semua ini muhasabah buat diri saya yang banyak merungut, komplain dan tidak bersyukur.. astaghfirullah. ayuh jadi musuh pada syaitan! T_T

p/s: satu perkara yang paling seronok musim sejuk di sini, manusia-manusia semua menutup habis badan mereka. kalau boleh, semua nak berselubung! Waah, bahagianya kalau di mana-mana pun begitu kan? Seronok nak berjalan-jalan di luar, huhu..

sekian.

kerana sebuah tingkap

Suatu hari, dalam sebuah hospital, terdapat dua orang pesakit yang ditempatkan dalam bilik yang kapasiti dua orang. Seorang diletakkan di tepi tingkap bilik tersebut dan seorang lagi diletakkan dia tepi dinding bertentangan dengan tingkap. Untuk memudahkan pembaca memahami, mari kita letakkan kawan A untuk yang berada di tepi tingkap dan kawan B utk yg diletakkan di tepi dinding.

Sejak mereka tinggal berdua dalam bilik rawatan, mereka menjadi kawan. Setiap hari, si A yang berada di tepi tingkap akan melihat keluar tingkap dan menceritakan pada si B apa yang dia lihat. 

"B! bahagianya, aku nampak kat luar ni indahnya alam, langit membiru, burung-burung berkicauan dan awan putih. Tambahan, kanak-kanak di bawah tu seronok bermain setiap hari," ujar si A.
mungkinkah ini yang dilihatnya?
Semakin hari, si B mula rasa cemburu dengan peluang yg si A dapat untuk melihat keindahan di luar tingkap tersebut sehinggalah terbit dalam dirinya rasa cemburu. Perasaan tersebut setiap hari semakin memuncak. "Ah, sayangnya..kalaulah aku yang dapat duduk tepi tingkap tu, pasti aku dapat lihat keindahan yang dia lihat," si B bermonolog.

Sehinggalah pada suatu hari, si A jatuh sakit yang sangat tenat sehinggakan untuk menggerakkan tangannya sahaja sudah sukar. Dia berusaha untuk menekan butang memanggil nurse tapi setiap kali dia mencuba, dia gagal untuk capai butang tersebut. Walaupun butang tersebut terletak berdekatan dengan si B, dek kerana cemburu yang semakin membuak dalam diri si B, maka dia yang melihat kejadian itu terus berpura-pura tidur dan buat-buat tidak tahu apa yang berlaku... Dia sempat menyenangkan hatinya dengan berkata sendirian, "kalau kawan aku sebelah ni sudah tidak ada, pastilah aku yang akan dapat melihat keindahan di luar tingkap itu kan? hm..best2.."

Tiba keesokan harinya, si B mendapat tahu yang si A sudah meninggal dunia kerana tiada nurse yang membantu dalam keadaan kritikalnya semalamnya. Si B tanpa memikir panjang terus berasa seronok kerana sekarang ini giliran dia untuk dipindahkan ke tepi tingkap. Tatkala nurse masuk ke biliknya itu, dia tanpa sempat berbuat apa, terus membuat permintaan untuk dipindahkan ke tepi tingkap. Maka dia pun dipindahkan.

Buat kali yang pertama, dengan penuh rasa bersemangat, dia pun melihat ke luar tingkap tersebut! Tapi... yang mengejutkannya sangat-sangat adalah apa yang mampu dilihatnya di luar tingkap tersebut hanyalah dinding besar bangunan sebelah! Dengan rasa tidak puas hati, dia cuba melihat berkali-kali tapi itu jugalah yang dia lihat. Dia berasa musykil lalu bertanya kepada nurse  kenapalah dibina dinding di situ yang menghalang penglihatannya? 

Si nurse berkata: "Awak tak tau ke? dinding tu dah bertahun-tahun ada di situ..sejak zaman saya kecik lagi.."
"Habis, kawan aku kata dia nampak keindahan alam setiap kali dia melihat keluar tingkap ini! burung-burung berkicauan, langit biru, pepohon hijau yang rendang dan lain-lain," kata si B.

Si nurse membalas, " Awak tau tak, sebenarnya apa yang kawan awak tu lihat memanglah hanya dinding yang berdepan dengan tingkap itu. Mana ada dia nampak burung-burung berkicauan, langit biru, kanak-kanak bermain dan sebagainya. Dia pernah bagitau saya, dia buat begitu hanyalah semata-mata kerana mahu menceriakan hari awak.."

erk, Si B terkejut! dia tertunduk, matanya berkaca lantas air mata menitis dari matanya.. Astahgfirullah..
______________________________________________

Ya Allah, murninya niat seorang kawan yang sentiasa memikirkan kebahagiaan orang di sekelilingnya. Cuba kita renungi, berapa banyak kali kita tidak bersangka baik dengan niat mulia insan di sekeliling kita yang bergelar "sahabat". Kadang apa yang dibuatnya kita anggap itu sebagai mahu menunjuk-nunjuk, atau mungkin juga kerana dia nak ambil kesempatan atau mungkin kerana sebab-sebab lain yang kita sendiri dapat fikirkan.

Sedangkan dalam muwassofat tabiyyah/10ciri peribadi muslim sendiri, disenaraikan salah satunya iaitu bermanfaat pada orang lain kerana Rasulullah s.a.w mengingatkan dalam sebuah hadith:

"sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada orang lain."

Benar, dalam mengharungi hidup masa kini, sangatlah berbahaya, penuh tribulasi dan mehnah ini, jarum-jarum duniawi mudah menusuk ke dalam hati kita dan sebagainya yang akan menyebabkan kita lemah sebagai hambaNya. Justeru, perlulah untuk kita yang paling penting banyakkan berdoa padaNya dan berusaha berada dalam kelompok-kelompok yang mengingatkan kita pada ilah kita, Allah.. Maka, kawan-kawan kita haruslah mereka yang baik kan? kalau tidak pun, kita ini haruslah menjadi kawan yang baik kan? indah perilaku, manis tutur bicara dan sentiasa memudahkan orang lain..

wallahua'lam.

Friday, October 21, 2011

Mereka hebat!

Bismillah..

Mencabar untuk berdisiplin dalam menulis ni. apapun, alhamdulillah seminggu yang hectic telah berlalu; quizzes, midterms dan satu subjek final exam. Bila dalam kesibukan begini, terkenang janji yg terpahat pada diri tentang keberadaan di US ni. Adakah untuk peroleh degree semata? Kalau begitu, kenapa tak di Malaysia atau negara lain? InsyaAllah akan dikongsi pada beberapa post akan datang, moga Allah permudahkan.

Saya sentiasa berusaha mengatur  hati ini supaya berada pada kondisi amal yg tinggi padaNya dan tidak tersasar dari matlamat besar saya kerana dalam kesibukan sebagai pelajar, ke hulu ke hilir utk kelas dan sebagainya, kadang mudah untuk hadaf kita tersimpang dari landasan.  Ya muqollibal quluub, tsabbit quluubana ‘ala diinik wa tho’atik.

Setengah semester dah berlalu. Hari jumaat untuk semester ni sedikit sibuk khususnya waktu solat jumaat kerana tak dapat tidak kelas bahasa arab ada satu slot je, terpaksa disusun selari dengan waktu solat jumaat.  Kiranya kalau tunggu kelas habis, memang tak sempat solat di Pusat Islam(baca: Islamic center aka masjid). Perkara ni dah saya bincang dengan pensyarah dan diizinkan untuk keluar awal 15 minit. Kiranya, setiap kali keluar kelas, tanpa berfikir panjang dan dengan kelam kabut teruslah berbasikal selaju mungkin dengan seorang  kawan yang kebetulan sekelas untuk ke pusat Islam. Alhamdulillah walaupun hamper setiap minggu tak dapat masuk dalam senarai malaikat utk org yg datang sebelum azan. T_T itu yg terbaik boleh diikhtiar.

Khutbah hari ini masyaAllah, basah! Berkisar tentang ukhuwwah. Beberapa kisah saya petik dan saya tambah:

Sungguh, sebuah kisah yang menyentuh hati antara dua orang sahabat di zaman Rasulullah dalam usia remaja mereka. Dua sahabat ini sangat terkenal sebagai pesaing sesama mereka. Pesaing kebaikan. Andai salah seorang menderma, yg seorang lagi akan menderma lebih daripada sahabatnya itu. Kalau seorang itu berjaga malam(qiamullail) lama maka sahabat seorang lagi itu akan berusaha untuk berjaga malam lebih lama daripada itu.

Satu hari, seorang dari mereka mendapat tahu yg sahabatnya itu ke satu kampong untuk menderma lalu dia juga bergegas ke sana juga. Setelah tiba dan sedang mereka beratur, mereka tetap bersaing dan bergaduh kerana ingin mendahului dalam kebaikan sampai tahap mereka tolak satu sama lain. Orang di sekeliling hairan melihat gelagat mereka berdua yang bergaduh.

Satu ketika, mereka berdua ditangkap oleh golongan kafiriin dan disiksa. Yang pelik, setiap kali disiksa, dua-dua mereka akan ketawa. Lagi teruk disiksa, lagi kuat ketawa mereka sehinggalah satu tahap tukang siksa itu hairan lalu bertanyakan sebab perilaku mereka.

Disebabkan mereka disiksa di bilik yang berlainan, jadi salah seorang itu berkata, “aku ketawa kerana seronok dapat mendahului sahabat aku untuk masuk syurga.” Tukang siksa itu terkejut, lalu berkata “sungguh tadi kawan kamu itu pun mengatakan sedemikian!”. Si sahabat itu pun menangis, “ternyata sahabat aku itu benar-benar telah mendahuluiku untuk ke syurga..”

…subhanallah..persahabatan agung ditonjolkan oleh dua orang kawan yg bersama demi mengejar redha Allah. Saat mendengar khatib lantang mengakhiri kisah ini, hati mula sebak memikirkan bagaimana diri ini dalam berukhuwah. Adakah kita ini sahabat sebegitu? Yang bila orang melihat wajah mereka, hati mereka menjadi tenang dan ingat Allah? Atau macamana? Mampukah diri ini menjadi sahabat yg mengisi kergersangan jiwa orang di sekeliling saya? Allahul musta’an..  Kerana bukanlah sahabat sebenar seseorang itu yg bila berkawan dengan kita, dia semakin jauh atau renggang hubungan dengan Allah.. tak mudah, tapi harus ada keazaman!

insyaAllah akan disambung dengan kisah seterusnya..

12.35am,
dalam kereta menuju ke Purdue.

Wednesday, September 28, 2011

Firman 'Persaudaraan'

Ketika ku baca firmanNya, "sungguh tiap mukmin bersaudara"
aku merasa kadang ukhuwwah tak perlu dirisaukan
tak perlu, kerana ia hanyalah akibat dari iman.

aku ingat pertemuan pertama kita, Akhi sayang
dalam dua detik,dua detik sahaja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
itulah ruh-ruh kita yg saling sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah muafakat
meski lisan belum saling sebut nama dan tangan belum berjabat

ya, kubaca lagi firmanNya, "sungguh tiap mukmin bersaudara"
aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan

kerana saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan terasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justeru melukai
aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
tentu terlebih sering, imankulah yg compang camping

kubaca firman persaudaraan Akhi sayang
dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan
"Para kekasih pada hari itu, sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain..
kecuali orang-orang yang bertaqwa"

diadaptasi dari kata-kata Salim A Fillah..
---------------------------
Salam ukhuwwah buat yang mengenali diri ini.. Moga Allah redha dgn ukhuwwah kita dan ampunkan andai ada hak2 seorang akh yang tidak tertunai.. ^_^
 -credit to iekh1-p3@devianart-

[seriously, bond of ukhuwwah is the strongest bond that exists among humans]
wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails